Just for Fun

Hello there!



Monday, 14 March 2011

I love sundays!

Yesterday was sunday. And I love it! Hahaha.

Kenapakah?

Sebabnya hari Ahad tak payah buat apa2. Tak payah basuh kain (sebab husband yang basuh), tak payah masak (sebab nak makan kat luar), tak payah kemas rumah (sebab kemas rumah tugas hari Sabtu) dan semua tak payah2 yang seangkatan dengannya.


So,  memandangkan hari Ahad adalah hari bersama keluarga, jadinya kami berdua pun dudukla menonton TV dari tengahari ke malam (bukan dari pagi OK sebab bangun pon dah tengahari...OPPS...). Dan bila dah petang di saat mata mula nak terpejam sebab keboringan dan kemalasan yang mencengkam jiwa tetiba dikejutkan dengan rancangan...

.
.
.
taraaa

BOBOYBOI...

Tak sangka pulak semalam boleh tengok kartun boboyboi ni. Best jugak jalan citenya. I baca kat Metro pembikinan animasi Boboiboy mencecah kos RM2.6 juta untuk 30 episod dengan 25 tenaga pakar dikerah yang mengambil masa 18 bulan untuk dihasilkan.
WALAAA...

memang TerBAEK!

Ok, so a little bit about  the character in this cartoon...

BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.

 Yaya pulak seorang budak perempuan bertudung yang mempunyai kekuatan seperti Superman, tetapi tidak suka berlawan. Dia akan dipaksa oleh kawannya untuk menyelamatkan keadaan.

Sementara karakter Ying mempunyai kuasa berlari laju sepantas kilat, tapi dia akan kehilangan kuasanya apabila bersin dan memperoleh kuasanya semula selepas bersin semula berlainan dengan karakter Gopal yang boleh menukar objek kepada makanan.
(best tu boleh tukar jadik makanan... dah xpayah masak dah...)
Dan karekter yang I paling suka ialah..
~
~
~

TOK ABA!
(sebab dia mcm atok2 yang very loving gituh..ekekeke and kat gerai dia ada macam2 coklat..yummiieee)
      Al-kisahnya....
Petang semalam masa tgk kartun ni, husband i punya la suka sampai gelak berdekah2 dan akibat dari keseronokan yang infiniti tu sampai terkeluarlah air mata dari kedua-dua matanya (nasib tak keluar air dari hidungnya~yewww yuckss!).

Tak berapa nak paham sangat nape dia boleh ketawa smp macam kena rasuk tu (ampun!) ... hehehehe sebabnya semalam i tgk sambil baca EH! edisi Mac. Sambil baca sambil tgk boboiboy so tak boleh la nak appreciate sangat.. and of course fashion attracts me more!

Sambil Husband tgk kartun tu sambil tu jugak dia berbunyi begini...
 "haha... lawak la cite ni... B tengoklah... Dia warna purple nampak orang nak potong terung terus takut...hahahaha... alien tu warna hijau tgk org potong sayur dia takut.."

And I was like...

"Apani terung la sayur la.... tak paham daaa... ahhh berangan tgk baju lagi best"


Lama-lama tengok...


ohhooo... baru paham... ada alien la pulak...

So begitulah kisah nya pengembaraan si Boboiboy ni yang mampu membuat air mata husband ku mengalir kegirangan ( as if he never watched cartoon before).

Kalau ada yang suka jugak tengok cite ni, bole la jenguk ke FB boboyboi ni http://www.facebook.com/boboiboy?sk=photos#!/boboiboy?sk=wall

Ohhoo... bila dengar nama boboyboi ni teringat pula kat boboy kesayanganku di kampung. apa khabar dia ek... Ohhh rindunya pada boboy kesayanganku...
tsk... tsk...tsk


Oh begitulah indahnya hari Ahad yang memalaskan....

4 comments: