Setahun berlalu since last aku update thsi blog. Nothing to share except my littlebaby is 8 months now. How time flies. Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin
This Is Mine
Nothing but Me and My Life
Just for Fun
Hello there!
Friday, 2 May 2014
Tuesday, 26 April 2011
Adakah ini yang dipanggil MALAS?
Alasan-alasan kukuh untuk mengatakan anda seorang yang malas ialah apabila:
1. Bila fail berlambak atas meja anda buat tak tahu je, sebaliknya tanpa rasa bersalah bukak internet dan mulalah surf cite2 gosip, fb or update blog sendiri pada masa kerja;
2. Bila dateline lagi 2-3 hari buat2 tak ingat je, pastu bila esok nak kena hantar, malam ni start lah gigih nak menyiapkannya...or lagi sengal kalau hari dateline buat2 cakap "eh, hari ni ke?" (boleh kena makan pelempang ni!);
3. Bila anda tapau makanan balik rumah, pastu makan guna sudu garfu, lepas makan baling je sudu garfu dalam sinki dan tak berbasuh selama 2-3 hari;
4. Bila bangun tidur, pastu malas nak kemas katil;
5. Toilet bowl tak sental selama 1 bulan (hazab ni!);
6. Rasa malas nak bawa kereta, sebaliknya suruh orang lain yang drive ke tempat kerja;
7. Bila dah duduk mengadap TV tak nak bangun dari sofa selama berjam-jam lamanya walaupun cite kat TV tu mcm hampeh;
8. Bila rasa nak pergi buang air kat toilet tapi malas nak bangun sebaliknya kalau boleh dikirimkan bahan buangan pada orang lain, rasa nak kirim je kat org tu;
9. Lepas makan dah la malas nak basuh pinggan, malas jugak nak basuh tangan kat sinki. alih2 jilat je tangan tu sampai bersih. sejam kemudian baru pegi sinki bila tangan dah kena hurung ngan semut;
10. Bila anda dah tak tau macam mana rupa orang pemalas tu, sebab dah takde orang lain lagi yang lebih malas dari anda...
... So, adakah anda dalam kategori seorang yang MALAS?
me kategori malas No 1.... yang lain2 tu kadang2 aje...hikhik
Si malas yg comey!
Sunday, 24 April 2011
Oh hujan?
Tatkala kita mendengar guruh di langit berbunyi, mahupun awan mendung tiba, pasti ada antara kita akan berkata "Alamak nak hujanlah pulak"... takpon "aaahhh.. bestnya nak ujan boleh tido dengan amannya".....
tak terkecuali me pon akan kata begitu...
sebenarnya adalah lebih baik sekiranya kita memanjatkan doa pabila kita dapati seperti hujan akan turun atau jika kita ada mendengar guruh di langit atau sebagainya.
sesuatu yang dijadikan itu adalah perancangan dari Dia dan bukanlah kuasa kita untuk menjadikannya sesuatu yang lain.
maka me ingin selitkan disini doa-doa yang boleh kita baca pabila kita didatangi dengan kejadian alam ini...
“Allahumma innii As-aluka Khoiroaa Wakhoiro Maa Fiihaa Wakhoiro Maa Arsalta Bihi Wa-a ‘Uudzu Bika Min Syarrihaa Wasyarri Ma arsalta Bih.
Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadaMu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apasaja yang ada padanya dan kebaikan yang di bawanya, dan aku berlindung kepadaMu akan kejahatan dan kejahatan yang di bawanya.
Doa semasa hujan turun
Allahuma Shayiban Naafi’a
Ya Allah semoga lebat dan bermanfaat.
Doa setelah hujan berhenti
Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih.
Kami di beri hujan ini karena Allah dan rahmatnya
Mohon perlindungan dari hujan yang membawa bencana
Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar.
Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat tempat tumbuhnya pohon.
Doa ketika mendengar petir

Subhaana Mayyusabbihur Ro’du Bihamdika Wal Malaa-ikatu Min Khiifatih.
Maha suci Dzat yang petirpun bertasbih dengan puja pujiNya dan juga malaikat karena takut padaNya.
Atau boleh juga:
Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik.
Bersama-samalah kita bersyukur atas nikmatNya yang tidak terhingga dan semoga kita sama-sama mendapat syafaat dari nya. InsyaALLAH.
Post ni me tulis masa ikut MR A pegi Karnival yang dia anjurkan kat K.Selangor. masa tu pulak awan hitam, siap guruh n angin lagi... so kami masing2 pon berdoa kalau pon hujan jadikan lah ia sebagai hujan yang membawa rezeki pada kami semua... AMIN
Monday, 14 March 2011
I love sundays!
Yesterday was sunday. And I love it! Hahaha.
Kenapakah?
Sebabnya hari Ahad tak payah buat apa2. Tak payah basuh kain (sebab husband yang basuh), tak payah masak (sebab nak makan kat luar), tak payah kemas rumah (sebab kemas rumah tugas hari Sabtu) dan semua tak payah2 yang seangkatan dengannya.
So, memandangkan hari Ahad adalah hari bersama keluarga, jadinya kami berdua pun dudukla menonton TV dari tengahari ke malam (bukan dari pagi OK sebab bangun pon dah tengahari...OPPS...). Dan bila dah petang di saat mata mula nak terpejam sebab keboringan dan kemalasan yang mencengkam jiwa tetiba dikejutkan dengan rancangan...
.
.
.
taraaa
BOBOYBOI...
Tak sangka pulak semalam boleh tengok kartun boboyboi ni. Best jugak jalan citenya. I baca kat Metro pembikinan animasi Boboiboy mencecah kos RM2.6 juta untuk 30 episod dengan 25 tenaga pakar dikerah yang mengambil masa 18 bulan untuk dihasilkan.
WALAAA...
memang TerBAEK!
Ok, so a little bit about the character in this cartoon...
BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.
Yaya pulak seorang budak perempuan bertudung yang mempunyai kekuatan seperti Superman, tetapi tidak suka berlawan. Dia akan dipaksa oleh kawannya untuk menyelamatkan keadaan.
Sementara karakter Ying mempunyai kuasa berlari laju sepantas kilat, tapi dia akan kehilangan kuasanya apabila bersin dan memperoleh kuasanya semula selepas bersin semula berlainan dengan karakter Gopal yang boleh menukar objek kepada makanan.
(best tu boleh tukar jadik makanan... dah xpayah masak dah...)
Dan karekter yang I paling suka ialah..
~
~
~
TOK ABA!
(sebab dia mcm atok2 yang very loving gituh..ekekeke and kat gerai dia ada macam2 coklat..yummiieee)
Al-kisahnya....
Petang semalam masa tgk kartun ni, husband i punya la suka sampai gelak berdekah2 dan akibat dari keseronokan yang infiniti tu sampai terkeluarlah air mata dari kedua-dua matanya (nasib tak keluar air dari hidungnya~yewww yuckss!).
Tak berapa nak paham sangat nape dia boleh ketawa smp macam kena rasuk tu (ampun!) ... hehehehe sebabnya semalam i tgk sambil baca EH! edisi Mac. Sambil baca sambil tgk boboiboy so tak boleh la nak appreciate sangat.. and of course fashion attracts me more!
Sambil Husband tgk kartun tu sambil tu jugak dia berbunyi begini...
"haha... lawak la cite ni... B tengoklah... Dia warna purple nampak orang nak potong terung terus takut...hahahaha... alien tu warna hijau tgk org potong sayur dia takut.."
And I was like...
"Apani terung la sayur la.... tak paham daaa... ahhh berangan tgk baju lagi best"
Lama-lama tengok...
ohhooo... baru paham... ada alien la pulak...
So begitulah kisah nya pengembaraan si Boboiboy ni yang mampu membuat air mata husband ku mengalir kegirangan ( as if he never watched cartoon before).
Kalau ada yang suka jugak tengok cite ni, bole la jenguk ke FB boboyboi ni http://www.facebook.com/boboiboy?sk=photos#!/boboiboy?sk=wall
Ohhoo... bila dengar nama boboyboi ni teringat pula kat boboy kesayanganku di kampung. apa khabar dia ek... Ohhh rindunya pada boboy kesayanganku...
tsk... tsk...tsk
Oh begitulah indahnya hari Ahad yang memalaskan....
Subscribe to:
Posts (Atom)












