Just for Fun

Hello there!



Tuesday, 26 April 2011

Adakah ini yang dipanggil MALAS?


Alasan-alasan kukuh untuk mengatakan anda seorang yang malas ialah apabila:


1. Bila fail berlambak atas meja anda buat tak tahu je, sebaliknya tanpa rasa bersalah bukak internet dan mulalah surf cite2 gosip, fb or update blog sendiri pada masa kerja;


2. Bila dateline lagi 2-3 hari buat2 tak ingat je, pastu bila esok nak kena hantar, malam ni start lah gigih nak menyiapkannya...or lagi sengal kalau hari dateline buat2 cakap "eh, hari ni ke?" (boleh kena makan pelempang ni!);

3. Bila anda tapau makanan balik rumah, pastu makan guna sudu garfu, lepas makan baling je sudu garfu dalam sinki dan tak berbasuh selama 2-3 hari;

4.  Bila bangun tidur, pastu malas nak kemas katil;

5.  Toilet bowl tak sental selama 1 bulan (hazab ni!);

6.  Rasa malas nak bawa kereta, sebaliknya suruh orang lain yang drive ke tempat kerja;

7.  Bila dah duduk mengadap TV tak nak bangun dari sofa selama berjam-jam lamanya walaupun cite kat TV tu mcm hampeh;

8. Bila rasa nak pergi buang air kat toilet tapi malas nak bangun sebaliknya kalau boleh dikirimkan bahan buangan pada orang lain, rasa nak kirim je kat org tu;

9. Lepas makan dah la malas nak basuh pinggan, malas jugak nak basuh tangan kat sinki. alih2 jilat je tangan tu sampai bersih. sejam kemudian baru pegi sinki bila tangan dah kena hurung ngan semut;

10. Bila anda dah tak tau macam mana rupa orang pemalas tu, sebab dah takde orang lain lagi yang lebih malas dari anda...


... So, adakah anda dalam kategori seorang yang MALAS?

    me kategori malas No 1.... yang lain2 tu kadang2 aje...hikhik

Si malas yg comey!

Sunday, 24 April 2011

Oh hujan?

Tatkala kita mendengar guruh  di langit berbunyi, mahupun awan mendung tiba, pasti ada antara kita akan berkata "Alamak nak hujanlah pulak"... takpon "aaahhh.. bestnya nak ujan boleh tido dengan amannya".....

tak terkecuali me pon akan kata begitu...

 sebenarnya adalah lebih baik sekiranya kita memanjatkan doa pabila kita dapati seperti hujan akan turun atau jika kita ada mendengar guruh di langit atau sebagainya.

sesuatu yang dijadikan itu adalah perancangan dari Dia dan bukanlah kuasa kita untuk menjadikannya sesuatu yang lain.

maka me ingin selitkan disini doa-doa yang boleh kita baca pabila kita didatangi dengan kejadian alam ini...

  Doa ketika ada angin kencang


“Allahumma innii As-aluka Khoiroaa Wakhoiro Maa Fiihaa Wakhoiro Maa Arsalta Bihi Wa-a ‘Uudzu Bika Min Syarrihaa Wasyarri Ma arsalta Bih.

Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadaMu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apasaja yang ada padanya dan kebaikan yang di bawanya, dan aku berlindung kepadaMu akan kejahatan dan kejahatan yang di bawanya.


   Doa semasa hujan turun



 
Allahuma Shayiban Naafi’a

Ya Allah semoga lebat dan bermanfaat.


 
      Doa setelah hujan berhenti



Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih.

Kami di beri hujan ini karena Allah dan rahmatnya



 
 Mohon perlindungan dari hujan yang membawa bencana



 
Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar.

Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat  tempat  tumbuhnya pohon.


  Doa ketika mendengar petir




Subhaana Mayyusabbihur Ro’du Bihamdika Wal Malaa-ikatu Min Khiifatih.

Maha suci Dzat yang petirpun bertasbih dengan puja pujiNya dan juga malaikat karena takut padaNya.

Atau boleh juga:

Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik.

Ya Allah janganlah  engkau  membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami karena siksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu.



Bersama-samalah kita bersyukur atas nikmatNya yang tidak terhingga dan semoga kita sama-sama mendapat syafaat dari nya. InsyaALLAH.

Post ni me tulis masa ikut MR A pegi Karnival yang dia anjurkan kat K.Selangor. masa tu pulak awan hitam, siap guruh n angin lagi... so kami masing2 pon berdoa kalau pon hujan jadikan lah ia sebagai hujan yang membawa rezeki pada kami semua... AMIN